Sunday, May 22, 2011

Kaya, Sederhana Dan Miskin...

Assalamualaikum kepada sesiapa yg membaca =)
Jadi, dalam dunia ni...kita sedia maklum kan, kalau nk dibahagikan umat manusia mengikut darjat, mesti terbahagi kepada 3, KAYA, SEDERHANA, dan MISKIN...  Golongan SEDERHANA ni xberapa menarik perhatian kita, tapi, kita sering mempersoalkan, kenapa ye, Yang KAYA Bertambah KAYA, Yang MISKIN, Makin MISKIN... Jadi ni aku nk cite skit pendapat aku la kan, sebab benda ni sbnrnya berlaku mudah je... baca kat bawah ni...

Orang KAYA:
  • Duit Banyak...
  • Anak hantar kat sekolah terbaik...
  • Walaupun dpt keputusan rendah, hantar ke kolej swasta yg terbaik...
  • Kalau xlulus sekali pun, harta mak bapak berlambak2, anak2 boleh guna bukak perniagaan
  • Kalau dah ayah ajar cmne nak berniaga dgn betul, perniagaan pun untung, duit bertambah-tambah
  • YANG KAYA BERTAMBAH KAYA
Orang MISKIN:
  • Duit Xde...
  • Anak hantar sekolah biase2 je...
  • Bila xlulus, masuk la ke pusat2 kemahiran, lagi teruk, duduk kat rumah menghabiskan beras
  • Bila dah xde tujuan hidup, mula la, berkenalan la ngn mat rempit, dadah, gangster, etc.
  • Last2 kena tgkap, msuk jail, msuk pusat serenti, akibatnya
  • YANG MISKIN MAKIN MISKIN

TAPI

adakah ni alasan org miskin xnk belajar, org kaya pulak duduk bersenang lenang??  

TIDAK SAMA SEKALI!!!

Kita selalu je kan dengar, anak penoreh getah/nelayan/pemandu teksi(mintak maaf, xde niat nk mghina, just untuk cnth) dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan?? N ada jugak kan kita dengar, anak org kaya, tapi jatuh miskin sebab xpndai urus harta??

Jadi, sebenarnya, benda ni bergantung kepada diri kita sendiri.. Bukankah ALLAH telah berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ ١١ 

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Surah Ar-Ra'd (ayat 11)


Oleh itu, kita sendiri hendaklah berusaha mengubah nasib kita, dan kemudian setelah berusaha, bertawakallah kepada-Nya..


WALLAHUALAM~





 

7 comments: