Tuesday, May 10, 2011

Islam Boleh Diterjemah Dgn Akal...(Syaitan dan Neraka)

Kisah 4

Di sebuah sekolah agama di sekolah agama, seorang murid pergi berjumpa dengan Ustaznya untuk bertanya sesuatu...

Murid: Ustaz, saya nk bgtau ustaz, saya rasa Allah itu xadil ya ustaz...

Ustaz(tenang): Kenapa kamu rasa begitu wahai muridku, cuba kamu terangkan

Murid: Saya terpk ustaz, bukankah syaitan itu diperbuat dari api? Jadi nanti bila mereka dibuang ke neraka, neraka juga dari api, xsakitla syaitan tu ustaz, bukankah x adil begitu..

TIBA2, ustaz tersebut menampar anak pipi anak muridnya dengan kuat!

Murid: Ustaz, Kenapa tampar saya???!!!

Ustaz: Sakit x saya tampar?

Murid: Tentulah sakit ustaz! :(

Ustaz: Apa yang ada di tgnku ini wahai muridku?

Murid: Kulit la ustaz.

Ustaz: Pipi kamu?

Murid: Kulit jugak.

Ustaz: Jadi jika benar kata kamu tadi bahawa Allah tidak adil, maka sepatutnya kamu x berasa sakit, kerana kedua2 tgn saya dan pipi kamu dari bnda yg sama, kulit. Begitu jugalah halnya dgn syaitan wahai muridku, walaupun mereka diperbuat dari api, mereka tetap akn berasa sakitnya azab api neraka ALLAH s.w.t itu. Allah Maha Adil, dan Maha Mengetahui muridku, Dia mengetahui segala maksud di sebalik kejadian yg diciptanya, oleh itu kita perlulah mempunyai akidah yg kuat dan tidak menuduh secara melulu bahawa Allah itu tidak adil..

Murid: Betul kata ustaz tu, skrg saya faham, maafkan keceluparan mulut saya sebentar tadi ya ustaz
:)

2 comments: